Sunday, June 2, 2013

surah al baqarah 278-279 -riba, sistem bank, dan kaum yahudi dan nasrani

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (278)Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(279)

Ayat ini semakin hari semakin popular dalam kalangan umat islam sekarang. Hal ini disebabkan kita dikelilingi oleh sistem bank yang mana jelas2 mengamalkan riba. Seperti yang disebut dalam ayat diatas, selagi kita belum meninggalkan saki baki riba, kita masih lagi belum beriman. Jadi, macam mana cara kita nak memerangi sistem bank (riba)? Adakah dengan cara mengeluarkan semua duit yang ada dalam bank dan tukar kepada barang2 ribawi seperti yang disebut dalam satu hadis sohih iaitu emas, perak, gandum, tamar, barli, dan garam ?. Pada pandangan saya, dengan cara tidak berurusan dengan bank, kita dapat menghapuskan riba. Macam mana hidup kita nak berkat kalau sumber makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah hasil daripada riba?. Bank menjadikan duit kertas sebagai komoditi dalam jual beli 'duit dengan duit'. Maksudnya di sini ialah apabila seseorang mendeposit duit dalam suatu syarikat bank tertentu, syarikat bank tersebut akan meminjamkan duit tersebut kepada sesiapa yang ingin membuat pinjaman tetapi dengan syarat peminjam perlu membayar faedah.Ya, yang mengamalkan riba itu adalah bank, bukannya kita. Tetapi disebabkan kita perlu menggunakan duit kertas sebagai mata wang dalam jual beli, kita terpaksa mengambilnya dari bank.Bank mengamalkan riba bagi memenuhi kehendak pelanggannya. Selagi mana kita menggunakan duit, selagi itu bank mengambil kesempatan untuk amalkan riba. Jadi, kesimpulannya, berhentilah menggunakan duit sebagai mata wang. Tapi persoalannya bagaimana? Keluarkan semua duit yang ada dalam bank dan berhenti gunakan servis bank seperti bank-in. Berdasarkan ayat quran di atas allah dan rasulnya akan isytihar perang kepada siapa2 yang mengamalkan riba. Jom sama2 kita muhasabah diri siapakah yang lebih berkuasa? Wang kertas ataupun Allah? Apa guna kita solat fardhu cukup, puasa cukup, bayar zakat, pergi haji, tapi guna duit riba. Adakah allah akan redha? Apa yang boleh kita buat sebagai langkah awal adalah keluarkan semua duit daripada bank dan simpan sendiri. Kalau boleh kita bermuamalat ikut cara nabi kita iaitu guna emas dan perak. Sekarang adalah masanya untuk berubah. Pernah tak sahabat2 sekalian berfikir kenapa kita perlu seorang lagi imam untuk memimpin kita selepas nabi muhammad? Iaitu imam mahdi?Sebabnya kita sudah tidak beriman lagi kepada allah. Ayuh sahabat2 ku kita bersatu di bawah panji "tiada tuhan yang layak disembah melainkan allah dan muhammad adalah pesuruh allah ". Wahai saudara2 ku yang muslim ingatlah! Orang islam adalah bersaudara dan musuh kita dan musuh Allah adalah orang2 kafir dan munafik. Jangan jadikan mereka teman rapat kamu. Jikalau kita mati sekejap saja lagi macam mana nak jawab dgn Allah? Ayuh saudara2 muslim let us announce war to riba and also to the bank..Takbiirr!!!!!!!!!! Allahuakbar!
If u are a true muslim let us announce war. Plis for the sake of our ummah. If I do this alone it would be meaningless but if we do together I believe we can get The blessings from allah. Dear my brothers, the greatest nikmah that allah gaves us was islam. Thats all I hope we can change the world start from ourself. Change it